بسم الله الرحمن الرحيم
|
|
|
Laman ini adalah satu langkah menyemarakkan ilmu ketamadunan. Ianya adalah keperluan semasa masyarakat, yang mana ilmu ketamadunan merupakan satu ilmu yang wajib di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Ilmu ketamadunan diajar di IPTA seluruh Malaysia melalui kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Melalui kursus TITAS ianya diharapkan supaya dapat menyediakan kefahaman yang menyeluruh tentang konsep pengajian tamadun. Turut dimuatkan ialah sumbangan yang disalurkan oleh Tamadun Islam, Melayu, Cina dan India terhadap pembangunan tamadun manusia. Melalui kefahaman terhadap aspek-aspek tamadun tersebut, maka sewajarnya akan terhasil nilai-nilai positif dan murni antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Maka akhirnya, diharapkan cita-cita negara untuk mewujudkan perpaduan antara kalangan rakyat yang berbilang agama dan bangsa akan tertunai kelak.
Dalam kepelbagaian ada kesatuan dan persamaan,
kelainan dan perbezaan adalah lumrah kehidupan alam,
bergerak dari kesatuan kepada perpaduan,
tangani percanggahan elak sejarah silam.